Perkeso - Sosial
Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri
SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI
please check bottom of blog if you directly walk in office branch perkeso in your state >>>>>
Semenjak penularan pandemik COVID-19 melanda Malaysia, pasti ramai orang tertanya-tanya, bilakah anda boleh menuntut wang dari PERKESO?
Faedah-faedah di bawah skim ini dibahagikan kepada tiga iaitu Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan dan Skim Bencana Kerja Pekerja Asing.
Menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua syarikat swasta mesti mendaftar pekerjanya dengan PERKESO dalam 30 hari pertama bekerja. Sekiranya, majikan anda gagal mendaftar syarikat/pekerja bawah PERKESO dan membuat caruman setiap bulan, ia melanggar undang-undang dan kes ini boleh dibawa ke makhamah!
Oleh itu, pekerja dan majikan bertanggungjawab memuat bayaran PERKESO. Pekerja yang memperolehi gaji kurang dari RM3,000 perlu memberi jumlah caruman dalam anggaran 0.5% hingga 3%. Contohnya, katakan gaji anda RM2,500 dan caruman bulanan adalah 0.5%. Maka, setiap bulan, anda ankan mencarum sebanyak RM12.50 atau RM150 setahun.
Apabila gaji anda sudah melebihi RM3,000 sebulan, anda tidak wajib membuat caruman.
Semakan tuntutan PERKESO
Malangnya, PERKESO bukan untuk semua jenis pekerja Malaysia. Antara adalah:
- Pekerja kerajaan (Civil servants)
- Pembantu rumah
- Pemilik perniagaan/rakan kongsi
- Pasangan kepada pemilik perniagaan/rakan kongsi
EIS PERKESO & EMP: Bantuan untuk mereka yang hilang pekerjaan

© simon2579 | Getty Images
EIS (Employee Insurance System) atau Skim Insurans Pekerja (SIP) diperkenalkan oleh PERKESO pada tahun 2018 dengan tujuan utamanya untuk bantu pekerja swasta yang hilang kerja dengan bagi bantuan kewangan kepada pencarum EIS yang hilang kerja selama 6 bulan – Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).
Sementara anda mencari kerja baharu, anda boleh mendapat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) selama 3 hingga 6 bulan. Jika dalam tempoh itu anda telah mendapat kerja baharu, PERKESO akan memberi Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA). Anda boleh memperolehi 25% dari baki EMP yang belum dibayar. Sekiranya ada mempunyai banyak pekerjaan dan hilang satu atau lebih, anda boleh memohon Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB).
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dilanjukan pada tahun 2021
Tidak boleh dinafikan pada tahun 2020 ramai yang hilang pekerjaan. Dalam Belanjawan 2021 baru-baru ni, kerajaan telah kita menyalurkan RM150 juta kepada PERKESO untuk menolong pekerja yang diberhentikan kerana Covid-19 melalui EIS / SIP.
Pada tahun 2021, kadar elaun ini adalah 80 peratus pada bulan pertama, 50 peratus untuk bulan kedua sehingga bulan keenam dan 30 peratus untuk tiga bulan terakhir. Pengiraan untuk EIS PERKESO PRIHATIN hanya untuk mereka yang hilang pekerjaan dari 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021.
Cara Daftar Perkeso Untuk Kerja Sendiri
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang diperlukan untuk mendaftar Perkeso adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia / permaustautin tetap tanpa mengira had umur
- Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
Dokumen Yang Diperlukan
Bagi yang ingin mendaftar Perkeso untuk diri sendiri anda perlu serta dokumen yang diperlukan seperti di bawah :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen / kad pemandu / profil e-hailing / permit / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih
Cara Bayar Caruman
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu :
- Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO
- Kaedah online melalui online banking di matrix.perkeso.gov.my (pilih butang ‘bantuan’ untuk panduan)
- Pembayaran caruman boleh dibuat secara tahunan atau bulanan
Cara Mohon
Bagi yang ingin membuat permohonan anda boleh mengikuti langkah berikut :
Langkah 1 : Log Masuk di laman web MATRIX
Langkah 2 : Anda perlu mendaftar / sign up dahulu jika anda belum mendaftar akaun
Langkah 3 : Langkah seterusnya anda boleh rujuk Panduan Daftar (Panduan Daftar)
Sumber asal : https://matrix.perkeso.gov.my/public/se/info
No comments:
Post a Comment